Pada 28 Mac 2024 , satu program istimewa sempena Nuzul Al-Quran telah diadakan di SERIKU dengan penuh kesyukuran dan semangat ukhuwah. Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas mengenai keutamaan Nuzul Al-Quran, diikuti dengan bacaan Al-Quran secara beramai-ramai.



Sebagai tanda kebersamaan di bulan penuh barakah ini, agihan bubur lambuk turut dijalankan kepada warga SERIKU. Program ini mendapat sambutan menggalakkan dan berjaya mengeratkan silaturahim antara peserta.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga amal kebaikan ini mendapat ganjaran berlipat ganda.






