Program Merentas Desa peringkat SK Seri Kuala telah berlangsung pada 27 Februari 2025 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi. Program ini melibatkan semua murid dari Tahap 1 dan Tahap 2 serta guru-guru sebagai petugas di sepanjang laluan. Aktiviti ini diadakan bagi memupuk semangat kesukanan, meningkatkan kecergasan fizikal, dan memperkukuhkan disiplin dalam kalangan murid.

Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta di padang sekolah. Guru Besar, Pn Anom Faizura binti Mohamad Radzi telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa aktiviti seperti ini penting dalam membentuk murid yang sihat, cergas, dan berdaya saing selain mendidik murid tentang nilai ketahanan fizikal dan mental.

Peserta dilepaskan secara berperingkat mengikut kategori umur dan jantina. Laluan larian sejauh 4 kilometer bermula dari padang sekolah, melalui jalan bendang, kawasan desa, dan kembali semula ke kawasan sekolah. Guru-guru ditempatkan di beberapa lokasi sebagai petugas pemantau dan keselamatan untuk memastikan perjalanan peserta berjalan lancar.

Sepanjang larian, peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta bekerjasama antara satu sama lain. Walaupun terdapat peserta yang mengalami keletihan, mereka tetap berusaha menamatkan larian dengan semangat juang yang tinggi.

Program tamat sekitar jam 10 pagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi setiap kategori. Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak. Program ini diharapkan dapat memberi manfaat dalam membentuk sahsiah murid ke arah gaya hidup sihat dan aktif.

Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *