Program Pelancaran Ahlan Ya Ramadan peringkat SK Seri Kuala telah diadakan pada 27 Februari 2025 bersamaan 28 Syaaban 1445H bertempat di Dewan SK Seri Kuala. Program ini bermula pada jam 10.45 pagi dengan kehadiran guru-guru dan murid. Bacaan doa bagi memohon keberkatan sepanjang program berlangsung

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, . Dalam ucapan tersebut, beliau menekankan kepentingan bulan Ramadan sebagai bulan mendidik rohani dan jasmani. Murid-murid turut diingatkan agar mengambil peluang menambah amal ibadah serta menjaga adab sepanjang bulan Ramadan.

Kemuncak majlis adalah perasmian gimik pelancaran Ahlan Ya Ramadan sebagai simbolik pembukaan program. Persembahan video montaj bertemakan Ramadan telah ditayangkan, disusuli dengan simbolik penyerahan bahan edaran berkaitan Ramadan kepada murid-murid. Aktiviti diteruskan dengan ceramah bertajuk Ahlan Ya Ramadan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadhil bin Abdul Talib. Ceramah tersebut memfokuskan pengertian Ramadan, amalan sunat dan wajib, serta kepentingan menjaga akhlak ketika berpuasa. Murid-murid turut diberikan peluang untuk bertanya soalan dalam sesi soal jawab yang berlangsung secara interaktif.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga sekolah. Melalui program ini, diharapkan murid-murid dapat menambah pengetahuan serta mempertingkatkan amalan ibadah sepanjang bulan Ramadan







































































